Wednesday 18 December 2013

Aku Jemu

Aku jemu
melihat hari yang mendatang
mentari yang bertandang
malam yang malang
Aku jemu
menerpa ke pintu kekosongan
menempa ruang kebolosan
nafsu dan restu
berkerdung dalam kelambu
kelabu yang pekat
Aku jemu 
memulas untaian bicara
pada yang gila 
pada yang bersundalan dijalan munafiq 
Aku jemu.

Sunday 1 December 2013

Nilai dan Harga

Berapakah harga mu
Berapakah nilai mu
Antara persoalan dan jawapan
Keperluan mu harus terdefinisi. 


Thursday 28 November 2013

Kepada Tukang Korupsi

Hari ini aku memandang cermin, menilai diri, menghakimi pendirian, menilai pemikiran pada pemberian untuk sejengkal jalan yang punah dan tak bermaya . 

Aku memikirkan sejumlah RM53 million yang di turap pada sepanjang 1.4 kilometer. Oh, terlampau mewahkah kita untuk semua untuk membenarkan agenda pembaziran orang orang tamak yang bersama sifat syaitan. Kantung mereka tak terpenuh dan tak akan terpenuh. 

Aku membaca berita dari zaman encik A'dollah dan membandingkan juga dengan kemusnahan yang ada sekarang yang di sebabkan oleh sifat kurang waras dalam menilaikan apa yang penting, apa yang rasuah dan apa yang boleh dipoketkan oleh kuncu pak jeeeb.

Alangkah malangnya si tukang kurupsi ... satu demi satu cadangan penasihat penasihat yang menjahanamkan keutamaan rakyat di terima pakai ... akibatnya kini, aku rakyat , mula terasa pedih bahang kegagalan Greece dan Portugal. 

Bagaikan disorak sang luncai , aku mengemaskan buku buku yang bersepah di tepi cermin muka yang pecah dan meneruskan pembacaan pada satu naskah agak lama 



"Shah Alam, 26 Jun - Perbelanjaan negara oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggap membazir semakin terdedah, apabila satu demi satu senarai telah disingkap secara tidak langsung dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.
Terkini Menteri Wilayah Persekutuan Dato' Seri Zulhasnan Rafique dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) memberitahu penyelenggaraan bulanan landskap di Putrajaya menelan belanja mencecah RM1.5 juta atau RM18 juta setahun.
Katanya sejumlah 29 kontraktor landskap yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Projek Seni Taman telah dilantik bagi menjalankan penyelenggaraan landskap mengikut pembahagian zon penyelenggaraan.
Zon penyelenggaraan lanskap di Putrajaya dibahagikan kepada taman-taman, Jalan-jalan Protokol, Persiaran Perdana, Sisiran Putrajaya dan Presint-presint Kejiranan, katanya dalam jawapan bertulisnya itu.
Sementara itu, berikut adalah senarai jumlah yang dianggap sebagai 'pembaziran' projek mega oleh kerajaan BN yang pernah disiarkan oleh beberapa laman web dan blog sebelum ini antaranya ialah:
1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM240 bilion
2. Pembangunan Koridor Utara RM160 bilion
3. Pembangunan Koridor Pantai Timur RM170 bilion
4. Pembangunan Koridor Sabah RM115 bilion
5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang RM24 bilion
6. Jambatan Pulau Pinang ke dua RM3 bilion
Jumlah keseluruhannya RM712 bilion
Menurut laporan sepanjang 22 tahun mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed telah berbelanja sejumlah RM350 bilion untuk kos pembangunan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi yang baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih RM700 bilion.
Jumlah pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat yang telah dilakukan sepanjang era Abdullah menjadi Perdana Menteri sebelum rakyat memilih sekali lagi BN dalam pilhan raya umum akan datang:-
1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS (belia dan Sukan) - RM8,390,000.00
3. Kos memperbaiki MRR 2 - RM70,000,000.00
4. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade - RM120,000,000.00
5. Pembelian jet baru Abdullah - RM200,000,000.00
6. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok - RM257,000,000.00
7. Pembelian 3 buah submarine - RM4,100,000,000.00
8Skandal PKFZ - RM4,600,000,000.00
9. Skandal OPV (NDSB) bot laju Kementerian Pertahanan - RM6,750,000,000.00 - " 




Tuesday 26 November 2013

Kalam Yang Patah

Dalam diam malam yang menerobos ke ruang masa yang silam
Berlalu sejuk, kelam angin malam
Bayu kota yang aku anggap cahaya permata, nurani
Memintal suara 
Dalam diri
Membisu dalam kelemahan manusiawi
Jiwa yang patah meranap rohani
Kalung alam memagar darjat 
Cerita si fasiq di bawah purdah  munafiq
Melihat manusia berdiri dalam sinar 
Dibutakan rasa , 
Terlena dalam merdu kalbu duniawi 
Membolos liar
Lalu ulama terbiar, aula menginjak duri
Roh yang kehilangan
Dalam diam malam yang merampas akaliah di corong dusta
Aku meratah kehinaan manusia 
Demi insan.

Malaya Roses © 2013
All Rights Reserved